Pages

Friday, 16 September 2011

Seminar Penerangan Isu Semasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Lajnah Penerangan DMPNT telah berjaya melaksanakan suatu program penting sebagai persediaan para da'ie menghadapi PRU akan datang. Berikut adalah info program;


Program: Seminar Penerangan Isu Semasa
Tarikh: 16 September 2011 (Jumaat)
Perasmi: YB Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal)

Dibawah ini disertakan gambar-gambar kenangan sepanjang program berlangsung dari 9.30 pagi-5 petang. Harap maaf kerana video program tidak dapat di attach kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. 




 YB Dr Alias Razak sedang manyampaikan ucapan perasmiannya, serta penerangan berkaitan Negara Berkebajikan PAS..

 Ustaz Wan Sukairi juga menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu semasa..



 Wakil dari PERANTAU juga hadir untuk berkongsi ilmu bersama para peserta. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian dan pengorbanan semua..

 Terima kasih kepada Ketua DMPNT, Cikgu Sapinah Jusoh di atas kesudian menghadiri program ini dan sama-sama terlibat secara tidak langsung..






 Encik Suhaimi 'turun padang' bagi menyampaikan penerangan kaedah penerangan berkesan, serta bengkel ringkas..

 Wakil Kuala Nerus diberi peluang untuk berucap dalam sesi bengkel..

Wakil Kuala Terengganu menyampaikan ucapan juga..

Sunday, 14 August 2011

Gunakan Kemudahan IT dan Telekomunikasi Untuk Berdakwah

[Gambar - Sham Kamikaze, dulu dan kini] 
- Ustaz Nasruddin gesa anak muda contohi Sham Kamikaze
MARANG
 - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin mengajak seluruh anak muda Islam Terengganu merevolusikan dakwah dengan memperalatkan teknologi maklumat (ICT) dan kemudahan telekomunikasi.

"lagu (macam) mana kita nak berdakwah, tackle (kena pikat) group (kumpulan) ini, dia duduk dalam (alam siber),

"maka, setiap anak muda yang ada di depan saya selepas ini kena ada satu seorang akaun facebook,"ujarnya ketika menyampaikan kuliah di masjid Rusila, Jumaat, 12 Ogos.

Menurutnya, bukan sahaja dikalangan orang muda, bahkan beliau menggesa semua pihak turut sama dengan arus perkembangan semasa, mengambil kesempatan yang ada dalam alam siber seperti kemudahan Twitter, blog dan laman web.

Namun begitu, katanya ia mestilah digunakan sepenuhnya menyebarkan dakwah, bukan untuk tujuan 'yang mengarut', menyimpang dari landasan kebenaran.

Mengambil contoh bekas selibriti, Sham Kamikaze yang dulunya merupakan pemain gitar utama kumpulan Kamikaze , Ustaz Nasruddin menyebut, Sham kini menggunakan laman sosial fecebooknya menarik golongan muda kepada Islam.

"Sham Kamikaze seorang 'guitarist' (pemain gitar) yang terkenal, sekarng sudah bersama dengan kita, dalam facebook dia tulis simple (mudah) sahaja,

"bila masuk waktu zohor, dia tulis salam zohor, jangan lupa sembahyang zohor,"kata Ustaz Nasruddin

Menurutnya, melalui kemudahan ICT, dakwah dapat disampaikan terus ke pejabat, rumah dan di mana-mana ada kemudahan komputer dan internet, tanpa menggunakan kaedah lama untuk berdakwah dari rumah ke rumah.   






Thursday, 11 August 2011

Ifthar Jamaie Bersama Presiden PAS

Sila klik untuk perbesarkan

Tentatif Program

Ifthar Lajnah Kebajikan DMPNT bersama Presiden PAS merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun bai mengumpulkan dana untuk menggerakkan aktiviti Lajnah Kebajikan DMPNT.

Sesiapa yang berminat untuk menghadirkan diri, bolehlah menghubungi: 
Hajjah Hazezah: 019-991 0137
Azizah Mahmood: 014-826 8678

Khulasah Ucaptama Presiden












Wednesday, 10 August 2011

PAS cakna masyarakat majmuk di Malaysia

Salam Ramadhan..


PAS menerima hakikat masyarakat majmuk dan menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN yang berkonsep ADIL UNTUK SEMUA, dengan kepimpinan Islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh ISLAM.

Ciri Kepimpinan Dalam Negara Berkebajikan;


1- Iman (Beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat dan para nabi)

Iman juga asas dan syarat kepada amal kebajikan. Kebajikan tanpa iman terdedah kepada sifat menipu dan tidak berakhlak seperti zalim dan menyalahgunakan kuasa dan sebagainya, kerana amalannya tidak ada roh perhitungan dosa dan pahala.

2- Amal Soleh


Dalam ertikata mempunyai hubungan dengan Allah dengan menunaikan ibadat sembahyang, zakat dan sebagainya; dan dalam hubungan sesama manusia seperti memberi nafkah kepada keluarga, membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti orang-orang miskin, anak-anak yatim dan sebagainya.

3- Akhlak


di antara akhlak yang mulia ialah bersabar menghadapi kesusahan diri sendiri seperti sakit dan sebagainya serta sabar dalam perjuangan. Menunaikan janji dengan sesiapa sahaja termasuk perjanjian dengan orang bukan Islam.

4- Al Quwwah


Iaitu mempunya kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.

Seterusnya, pemimpin Negara Berkebajikan perlulah:

1- Mendirikan sembahyang.
2- Menunaikan zakat.
3- 'Amar Ma'ruf. - menyuruh yang baik
4- Nahi Mungkar. - mencegah kemungkaran.

Petikan dari Buku Konsep Asas Negara Berkebajikan - YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Berita yang berkaitan sila klik http://www.facebook.com/l/xAQAok8yaAQBve5MnNV2OG-DznJs2cXVE6pOaZvrepwE15w/bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4798-buku-negara-berkebajikan-tajdid-siyasi-pas

Saturday, 23 July 2011

Kursus Induksi Penceramah

Assalamu'alaikum.


DMPNT melalui Lajnah Penerangan telah berjaya mengadakan Kursus Induksi Penceramah Siri 1 ini bagi memantapkan dan melahirkan penceramah yang serba boleh. Bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi, sudah pasti memerlukan penglibatan dan pengorbana jitu para muslimat untuk turun padang sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu gerakerja Islam.

Antara tugas utama muslimat adalah melalui ceramah, seperti ceramah kelompok atau tazkirah. Oleh kerana itu, latihan dan pendedahan amat penting dari awal lagi sebagai persediaan para muslimat. Tahniah diucapkan kepada wakil muslimat dari setiap kawasan.


Program: Kursus Induksi Penceramah
Tarikh: 23 Julai 2011
Tempat: Surau Darul Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus.





 Wakil orang mude pun ade :)



 Ucapan oleh Ketua Lajnah Penerangan, Pn. Maznah Muftahuddin

 Ketua DMPNT, Pn. Safinah Jusoh juga memberikan ucapannya.


 Peserta diletakkan secara rambang mengikut kumpulan.
Setiap kumpulan diketuai oleh harian DMPNT.

 Kumpulan yang diketuai Pn. Hjh Shamsiah (Che Ngah)

 Kumpulan diketuai Ketua DMPNT sendiri..

 



 Setelah selesai sesi bengkel, wakil setiap kumpulan tampil ke depan untuk menyampaikan ceramah
mengikut tajuk yang telah diberikan.



 Setelah selesai setiap pembentangan, penceramah veteran yang berpengalaman dijemput untuk
memberikan ulasan. Nampaknya, para peserta kena usaha lebih giat lagi!



 Wakil Kuala Nerus yang dapat tajuk calon pimpinan muslimat.
Memang ada gaya, sangat sesuai.. Muslimat boleh!




Kenangan program bersama pimpinan dan penceramah jemputan.
InsyaAllah, panjang umur dan dimurahkan rezeki kita berjumpa lagi dan bekerja
bersama-sama untuk menangkan Islam di bumi Terengganu Darul Iman ini! InsyaAllah.

Monday, 18 July 2011

Dr Lo' Lo' Dalam Kenangan

Lo`lo` Permata Berharga Di Langit Zaman, Gemerlap Cahayanya 

Sebiji Permata Lo`lo` Di Langit Zaman
Sedang sinar gemerlapnya bercahaya...
Takdir gugur di bumi persada
Tafakkur menghormati umat
Di atas takdir telah tersurat
Dia adalah Srikandi Islam
Mujahidah cekal berjuang
Menegakkan daulah Islam
Di tengah Kota Kosmopolitan
Dia diberi mandate kepercayaan
Melaksanakan misi-visi keislaman.

Sedang lantang suaranya bergema di Parlimen
Dia diuji serentak berjuang
Melaksana misi-visi umat
Melawan kanser perlu dirawat
Di penghujung hayat
Masih lagi dia mengulang amanat
Tentang kepercayaan rakyat perlu diharga
Tentang khidmat pada rakyat terus dijaga
Dan wasiat itu minta diteruskan.

Malam tadi dalam ketabahan
Dia masih tetap tidak mengalah
Membisikkan kuatnya azam kemahuan
Harapan meneruskan perjuangan
Hingga dia menyerahkan hayatnya
Tenang kembali menemui Allah
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pagi ini kami berbondong
Hadir ziarah bersolat jenazah
Dan melepasmu ke kuburan
Menyerahmu kepada Allah.

Sebiji Permata Lo`lo` di langit zaman
Meskipun jasadnya sudah berpulang
Gemerlapnya terus bercahaya di langit zaman
Diminta terus dilebarluaskan.


Shafie Abu Bakar,
Masjid Al-Akram, Dato` Keramat.
16 Sya`ban 1432
18 Julai 2011.