Pages

Monday 18 July 2011

Dr Lo' Lo' Dalam Kenangan

Lo`lo` Permata Berharga Di Langit Zaman, Gemerlap Cahayanya 

Sebiji Permata Lo`lo` Di Langit Zaman
Sedang sinar gemerlapnya bercahaya...
Takdir gugur di bumi persada
Tafakkur menghormati umat
Di atas takdir telah tersurat
Dia adalah Srikandi Islam
Mujahidah cekal berjuang
Menegakkan daulah Islam
Di tengah Kota Kosmopolitan
Dia diberi mandate kepercayaan
Melaksanakan misi-visi keislaman.

Sedang lantang suaranya bergema di Parlimen
Dia diuji serentak berjuang
Melaksana misi-visi umat
Melawan kanser perlu dirawat
Di penghujung hayat
Masih lagi dia mengulang amanat
Tentang kepercayaan rakyat perlu diharga
Tentang khidmat pada rakyat terus dijaga
Dan wasiat itu minta diteruskan.

Malam tadi dalam ketabahan
Dia masih tetap tidak mengalah
Membisikkan kuatnya azam kemahuan
Harapan meneruskan perjuangan
Hingga dia menyerahkan hayatnya
Tenang kembali menemui Allah
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pagi ini kami berbondong
Hadir ziarah bersolat jenazah
Dan melepasmu ke kuburan
Menyerahmu kepada Allah.

Sebiji Permata Lo`lo` di langit zaman
Meskipun jasadnya sudah berpulang
Gemerlapnya terus bercahaya di langit zaman
Diminta terus dilebarluaskan.


Shafie Abu Bakar,
Masjid Al-Akram, Dato` Keramat.
16 Sya`ban 1432
18 Julai 2011.






 

0 komen:

Post a Comment