Pages

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Semarak Hijau ke Putrajaya

Alor Lintah, 22 Februari 2013 -Program yang menghimpunkan seluruh muslimat dan Ameerah dari semua kawasan di Terengganu mendapat sokongan padu dari akar umbi. Begitu juga sokongan dari DMPP yang turun padang bagi membakar semangat para muslimat untuk terus bekerja bagi memenangkan Islam amat dihargai. Program ini dirasmikan oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh. Antara intipati ucapan beliau, perjuangan Islam memerlukan para pejuang yang berani dan istiqomah melakukan gerakerja dakwah. Betapa besar pahala yang diganjarkan kepada para pejuang agamaNya yang setia, iaitu syahid dan syurga. 

Antara maklumat penting daripada pidato para pimpinan DMPP dan DMPNT ialah tawaran-tawaran oleh Pakatan Rakyat bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al Jundi turut berkongsi 12 tawaran PR kepada wanita serta 12 Tawaran PAS kepada Melayu dan Islam. PAS merupakan peneraju PR yang tetap teguh memegang pada prinsip Islam. 

Program berakhir sekitar 2 petang dengan diakhiri Ikrar Mujahidah serta doa oleh YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua DMPP. 

Sekitar gambar program;


Cenderahati daripada DMPNT
Sesi bergambar kenangan

Para peserta dari seluruh Terengganu.

Khusyuk mendengar.
Pengerusi majlis, Puan Zuraida Noor

Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al-Jundi
Khutbah Jumaat.

Nasyid oleh adik-adik PASTI Besut
Pemeriksaan kesihatan percuma. Ramai yang berminat..

Majlis perasmian oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ust Nik Zawawi Salleh
Ucapan oleh Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh

Thursday, 11 October 2012

Sekitar Program HIMPIT-PGU 5.0


Jabi – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU 5.0 dan Himpunan Pemuda-Pemudi dan Muslimat Terengganu yang diadakan pada sebelah paginya berlangsung dengan jayanya. Kehadiran luar biasa penduduk setempat serta sokongan dari rakyat seluruh pelusuk Terengganu ke program ini menunjukkan keseriusan rakyat untuk mengubah kerajaan yang bobrok. Pelbagai acara sampingan dan jualan gerai pelbagai jenis menambahkan lagi kemeriahan.

Antara yang menjadi perhatian adalah pengumuman tokoh-tokoh yang mengisytiharkan menyertai PAS. Tengku Paduka merupakan kerabat istana dan merupakan waris ke-5 takhta kesultanan Terengganu mendahului pengisytiharan memasuki PAS dengan menyerahkan boring keahlian kepada Mursyidul Am PAS. Pada malamnya merupakan acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana PGU 5.0 yang membariskan 8 orang tokoh dan penceramah untuk memberi pendedahan serta suntikan semangat kepada masyarakat.

Berikut gambar kenangan sepanjang program;
Program Perasmian PGU 5.0 oleh Mursyidul Am PAS.
Anak-anak muda berkonvoi mengiringi TGNA ke tapak PGU.
Pintu gerbang utama.
Majlis penyerahan borang menyertai PAS oleh tokok-tokoh masyarakat.
Semangat rakyat yang inginkan keadilan dan Islam.
Penyampaian cenderahati oleh Ketua DMPNT kepada Ketua Ameerah Pusat.

Himpunan Ameerah Terengganu


Tarikh: 5-6 Oktober 2012
Tempat: Lata Belatan, Jabi, Setiu
Penyertaan: 40 orang / kawasan


Jabi – Himpunan Ameerah diadakan sempena program HIMPIT-PGU 5.0 di Jabi. Ameerah bertugas untuk Unit Derma dan Perbekalan bersama-sama Muslimat kawasan. Program himpunan ini juga merupakan peluang untuk memberi pendedahan dan beramah mesra bersama para peserta dari seluruh Terengganu. Bagi menghadapi pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi, amat penting untuk memberi suntikan semangat kepada Ameerah agar lebih bersemangat untuk bersatu bekerja untuk memenangkan Islam.

Program dirasmikan oleh Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh. Beliau menekankan kepentingan Ameerah untuk memiliki jatidiri mulia sesuai sebagai da’ie untuk menyebarkan kebaikan Islam kepada masyarakat. TImbalan DMPNT, Puan Zarani Othman juga tidak ketinggalan menyampaikan taujihat “Aku Seorang Da’ie” pada sesi petang. Antara petikan perkongsian beliau, Ameerah perlu memiliki sifat kehambaan dan kezuhudan di samping semangat yang ada. Orang yang menerima Islam adakalanya menerima Islam kerana akhlak para da’ie.

Ketua Ameerah Pusat, Cik Fareedah Samad juga turut berkongsi ilmu berkaitan Ameerah dan Agenda Wanita Muda. Selain itu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah juga menyampaikan taujihat “Hidup Ini Suatu Perjuangan” sebagai penutup program.

Program ringkas tapi padat dengan pengisian ini amat bererti dengan kehadiran lebih 250 orang Ameerah dari seluruh Terengganu. Suntikan semangat ini amat bermakna sebagai bekalan untuk para Ameerah turun ke medan dakwah dan masyarakat.

Berikut disertakan gambar-gambar kenangan program;

Mendengar taujihat dari Ustaz Kamaruzzaman sebelum bertolak ke tapak PGU.
Pimpinan DMPNT, Ameerah Terengganu bersama Ameerah Pusat.
Khusyuk mendengar..
Bengkel Agenda Wanita Muda bersama Ameerah Pusat.

Nyanyian lagu tema PAS sebelum program bermula.
LDK mengikut kawasan masing-masing.
Ketua Ameerah Pusat, Cik Fareedah Samad bersama Cik Noor Asyanti.

Saturday, 29 September 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PGU 5.0


DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI..

(KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ)



TENTATIF PENUH PROGRAM;

JUMAAT (5 OKTOBER 2012)

0915 - 1200MLM: CERAMAH PRA HIMPUNAN
- YBhg Haji Muhammad Sabu (Tim. Presiden PAS)
- YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua DPPNT)
- YB Tuan Ng Suee Lim (Adun Sekincan)


SABTU (6 OKTOBER 2012)
 
0800PG - 0100 TGH          HIMPUNAN PEMUDA-PEMUDI ISLAM NEGERI TERENGGANU      

1200 TGH - 0200 PTG      JAMUAN RAKYAT                           
1000 PG - 0200 PTG         PENDAFTARAN PESERTA

0200 - 0230 PTG               KONVOI BERMOTOSIKAL (ARC) DAN PACUAN 4 RODA (4X4) MENGIRINGI MURSYIDUL AM DARI BANDAR PERMAISURI

0300 - 0500 PTG               MAJLIS PERASMIAN
- YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)
- Pengisytiharan menyertai PAS oleh tokoh-tokoh masyarakat

0500 - 0645 PTG               SANTAI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS & BOB LOKMAN

SOLAT / KULIAH MAGHRIB / SOLAT HAJAT

0915 - 1200 MLM             CERAMAH PERDANA
- YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
- YB Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (MP Beaufort, Sabah)
- YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang)
- YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya PAS Terengganu)
- Tokoh-tokoh baru yang menyertai PAS

Saturday, 22 September 2012

Bengkel SSDP JITN

Tempat: Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, Kuala Trg.
Masa: 9 pagi - 5 petang
Penyertaan: AJK IT Kawasan/DUN
Anjuran: Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT Negeri Terengganu


Kuala Terengganu - Zaman teknologi dan IT bergerak pantas seiring dengan pembangunan tamadun manusia. Teknologi terkini dicipta untuk kemudahan manusia menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Seiringan itu, PAS tidak mahu ketinggalan di dalam menggunakan teknologi bagi menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa akan diadakan. Justeru, diadakan bengkel ini bagi memberi pendedahan kepada para petugas IT supaya lebih bersedia menjalankan tugas-tugas mereka. Walaupun bengkel ini majoritinya adalah muslimin, namun tahniah kepada muslimat dan Ameerah yang menghantar wakil turut serta program ini.

Bengkel yang dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama pada waktu pagi lebih tertumpu kepada teori dan pengenalan kepada teknologi-teknologi dan aplikasi-aplikasi serta security Internet. Sesi kedua pada sebelah petang adalah berbentuk praktikal hands-on dan latihan untuk memantapkan pemahaman. Program yang sarat dan padat dengan pelbagai ilmu teknologi ini akan dilanjutkan kepada program-program susulan berikutnya kepada peringkat DUN di masa akan datang.

Program ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Arifin Deraman. Antara ucapan beliau adalah mengharapkan para petugas IT di pelbagai peringkat untuk memahirkan diri dengan perkembangan teknologi semasa untuk memudahkan tugas-tugas pilihanraya. Seandainya kita mampu menguasai teknologi, maka kita akan selangkah lebih maju berbanding musuh dan punya banyak kelebihan.


Berikut gambar-gambar sekitar program berlangsung;
Muslimat dan Ameerah juga menghantar wakil.









Friday, 14 September 2012

Pelancaran Agenda Wanita Malaysia: "Wanita Berdaya Negara Sejahtera""

Shah Alam, 13 September 2012 - Majlis pelancaran gilang-gemilang Agenda Wanita Malaysia yang diadakan di sini mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran yang melimpah sayap kiri perjuangan dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT) turut menghantar perwakilan bersama Ameerah Terengganu seramai 40 orang ke majlis pelancaran tersebut.

Agenda Wanita Malaysia ini dilancarkan bukan semata-mata kerana bagi menghadapi pilihanraya. Namun, haruslah dilihat sebagai kesungguhan Pakatan Rakyat yang sentiasa peka dengan masalah serta kehendak rakyat (terutamanya wanita). Selain itu, komitmen yang diberikan juga merupakan manifestasi PR serta keazaman menjadikan falsafah ini sebagai asas yang menunjangi penggubalan dasar pemerintah dan pewartaan undang-undang bagi membina suasana dan persekitaran yang selamat dalam memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita.

Tujuh Tuju Tumpu Wanita yang menjadi asas kepada Agenda Wanita Malaysia adalah;
1.0 Dasar Pendidikan - Celik dan Cerdik
2.0 Kelangsungan Kesihatan dan Hidup Berkualiti
3.0 Penglibatan dan Peluang Ekonomi
4.0 Kesejahteraan Sosial
5.0 Pendemokrasian Politik
6.0 Pemberdayaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang
7.0 Agenda Wanita Muda

Majlis pelancaran gilang gemilang ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, serta mendapat sokongan penuh pimpinan tertinggi PR. Agenda ini merupakan agenda penting dan serius, serta memerlukan komitmen dan sokongan pelbagai pihak. Dengan adanya dasar ini akan meningkatkan lagi martabat wanita seiring dengan kehendak syariat Islam.

Kenangan program:
Saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ameerah Pusat.

Para wanita dan muslimat dari Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan.



Buku Agenda Wanita Malaysia yang diedarkan setelah selesai majlis pelancaran.

Pimpinan PR menyokong penuh Agenda Wanita Malaysia.

Bangkit wanita.

Sektretariat Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat.

Wednesday, 1 August 2012

Majlis Mahabbah bersama TG Presiden


Tarikh: 28 Julai 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid Ru Muda, Marang.
Anjuran: HALWA Dun Ru Rendang
Penyertaan: Ibu tunggal, fakir miskin sekitar dun Ru Rendang.


Ru Muda - Program wajib oleh HALWA Dun Ru Rendang yang diadakan setiap tahun bagi membantu kaum ibu (ibu tunggal, fakir miskin) menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal dengan penuh kegembiraan. Kecaknaan TG Presiden untuk hadir dan memberikan sendiri bantuan kepada kaum ibu membuktikan beliau tidak melupakan kebajikan rakyat. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad dan pengorbanan. Sudah semestinya kita meraikan mereka yang memerlukan bantuan supaya meringankan beban kesusahan mereka. Pada masa yang sama, kita dapat merebut ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang sentiasa berbuat kebaikan.


Banner program

Ketibaan TG Presiden bersama-sama pembantu beliau.


Para peserta daripada kaum ibu yang diraikan.

Peserta mendengar penuh khusyuk ucapan TG Presiden.

Antara jemputan dan AJK DMPKM yang turut hadir memberi sokongan.

Pengerusi majlis, Pn Faridah Omar.