Pages

Wednesday 5 October 2011

Ameerah-Entiti Baru Dalam PAS





KEPALA BATAS, 1 Okt - Kedudukan wanita sebagai rakan kongsi dalam segenap aspek kehidupan merupakan antara sunnah Rasulullah yang perlu direalisasikan.

"Wanita, di samping Rasulullah bukan sekadar terbatas tugasnya di rumah, tetapi melangkaui ke segenap aspek kehidupan sehingga ke bidang politik dan hal tersebut dibuktikan melalui penglibatan isteri serta anak baginda yang aktif dalam memahami dan melaksanakan siasah Islam di kalangan wanita," ujar Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dalam sidang media selepas perasmian Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Millenium, Kepala Batas hari ini.

Tambahnya, contoh terdekat dapat dilihat ketika puteri baginda, Asmaa Abu Bakar yang pada ketika itu masih muda remaja, telah memainkan peranan penting di medan politik semasa peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW.
Sehubungan itu, katanya Muslimat PAS bergerak seiring dan saling membahu dengan muslimin dalam melaksanakan tugas siasah ini.

"Buktinya Muslimat PAS telah menjadi calon pilihanraya seawal tahun 1960an. Penglibatan muslimat di Parlimen dan dun negeri-negeri diakifkan kembali pada tahun 2004," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu katanya, tugas muslimat tidak pernah surut sedari awal penubuhan PAS baik secara langsung atau tidak, baik di peringkat cawangan, upu, dun, kawasan, negeri atau di peringkat pusat sendiri. Ini memberi ruang buat muslimat mengaut sebanyaknya pengalaman selanjutnya menjadikan kehadiran mereka semakin signifikan dalam kelangsungan perjuangan Islam.

Mumtaz berkata apa yang lebih menarik, penglibatan ini merangkumi pelbagai lapis usia tanpa terikat kepada profesion tertentu.

"Mereka bergerak dengan penuh ikhlas tanpa menuntut sebarang jawatan. Walaupun begitu, menyedari hakikat perubahan dan kehendak semasa, muslimat perlu menyediakan ruang dan peluang kepada golongan muda khususnya," katanya lagi.

Ahli dewan negara itu turut menyatakan bahawa seiring dengan usia PAS yang sudah menjangkau ke 60 tahun, PAS mengambil langkah bijak dengan menubuhkan satu lajnah politik khusus buat wanita muda yang dinamakan Ameerah.

"Ia sebuah badan dari orang muda buat pengundi muda. Sehubungan itu, mereka perlu kepada bimbingan serta latihan bagi memimpin politik Islam di masa hadapan," ujarnya lagi.

0 komen:

Post a Comment