Rasulullah s.a.w. bersabda: " Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib (keburukan) seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Moga Allah selamatkan saudara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia.. Amiin..
The moon represents my heart.. Masyarakat Cina semakin mengenali Islam dan yang hebatnya menyokong dan mendokong perjuangan Islam. Kita mendoakan moga mereka juga diberi hidayah olehNya di atas kebaikan yang mereka lakukan. Ameen
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan hatinya, bahkan itulah selemah-lemah iman" Hadis riwayat Sahih Muslim.
PAS baru sahaja menyambut ulangtahun ke-60 penubuhannya yang berlangsung dengan jayanya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Antara sebab diadakan sambutan ke-60 di Pulau Pinang kerana negeri tersebut merupakan tapak permulaan terbinanya Parti Islam Se-Malaysia sekarang. Sumbangan para ulama dan pemimpin dulu yang berjuang tanpa mengenal penat lelah kini disambung oleh generasi kini yang cintakan Islam dan perjuangan.Selagi Islam bertapak di muka bumi ini, akan lahirlah para jundullah yang sanggup berjuang dan penerus mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Moga Allah sentiasa memelihara kita dan istiqomah di dalam perjuangan. TAKBIR!