Pages

Friday 14 September 2012

Pelancaran Agenda Wanita Malaysia: "Wanita Berdaya Negara Sejahtera""

Shah Alam, 13 September 2012 - Majlis pelancaran gilang-gemilang Agenda Wanita Malaysia yang diadakan di sini mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran yang melimpah sayap kiri perjuangan dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT) turut menghantar perwakilan bersama Ameerah Terengganu seramai 40 orang ke majlis pelancaran tersebut.

Agenda Wanita Malaysia ini dilancarkan bukan semata-mata kerana bagi menghadapi pilihanraya. Namun, haruslah dilihat sebagai kesungguhan Pakatan Rakyat yang sentiasa peka dengan masalah serta kehendak rakyat (terutamanya wanita). Selain itu, komitmen yang diberikan juga merupakan manifestasi PR serta keazaman menjadikan falsafah ini sebagai asas yang menunjangi penggubalan dasar pemerintah dan pewartaan undang-undang bagi membina suasana dan persekitaran yang selamat dalam memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita.

Tujuh Tuju Tumpu Wanita yang menjadi asas kepada Agenda Wanita Malaysia adalah;
1.0 Dasar Pendidikan - Celik dan Cerdik
2.0 Kelangsungan Kesihatan dan Hidup Berkualiti
3.0 Penglibatan dan Peluang Ekonomi
4.0 Kesejahteraan Sosial
5.0 Pendemokrasian Politik
6.0 Pemberdayaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang
7.0 Agenda Wanita Muda

Majlis pelancaran gilang gemilang ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, serta mendapat sokongan penuh pimpinan tertinggi PR. Agenda ini merupakan agenda penting dan serius, serta memerlukan komitmen dan sokongan pelbagai pihak. Dengan adanya dasar ini akan meningkatkan lagi martabat wanita seiring dengan kehendak syariat Islam.

Kenangan program:
Saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ameerah Pusat.

Para wanita dan muslimat dari Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan.



Buku Agenda Wanita Malaysia yang diedarkan setelah selesai majlis pelancaran.

Pimpinan PR menyokong penuh Agenda Wanita Malaysia.

Bangkit wanita.

Sektretariat Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat.

0 komen:

Post a Comment