Pages

Tuesday, 11 June 2013

Sajak: "Apakah Benar Engkau Pejuang?"

Apakah Benar Engkau Pejuang ? Sebuah Sajak yang berbentuk nasyid dari kumpulan nasyid Qathrunada yang bertajuk Cinta Agung.. Hayatilah ! يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula...

Monday, 10 June 2013

Status Parti Sosialis Malaysia di dalam Pakatan Rakyat

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS. Isu status PSM dalam PR amat mengelirukan sehingga muncul konflik kerusi Kota. Kini pimpinan PR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Sosialis itu tidak termasuk dalam komponen PR. Kini timbul persoalan: 1- Mengapa dibenarkan PSM bertanding atas tiket PR sedangkan ketika itu belum wujud konsensus jelas. Ibarat lakukan hubungan terlarang terlebih dahulu, kemudian baru fikir samada jadi nikah atau tidak. 2- Segala kekalutan berpunca dari hubungan gelap PKR dan PSM sehingga mengecewakan adik beradik lain (PAS & DAP) serta menggoncangkan keluarga PR. Ahli terus...

Monolog untuk seorang pemimpin

Layakkah untuk aku tidur dengan lena dalam keadaan pimpinan berhempas pulas disepak terajang dimedan oleh musuh? Layakkah untuk aku mengata 'aku sibuk' berbanding pimpinan yang lagi sibuk dengan tugasan yang bertimbun-timbun? Layakkah aku mengkritik pimpinan tapi aku hanya pandai bercakap, menulis di FB tanpa setitik peluh pun tidak aku keluarkan untuk membantu pimpinan? Layakkah aku mengaku pejuang kalau kerja aku masih sambil lewa? Adakah aku pejuang? Orang yang berfikir+bekerja yang hanya mengerti. Melihat foto TGHA mengubat sedikit kepenatan yang tidak seberapa ini. Akademik harus dijaga, dakwah harus diteruskan.  -Abdul...

Sunday, 9 June 2013

Selamat Menyambut Israk & Mikraj

SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ Bismillahirrahmaanirrahiim.. Pada 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun yang lepas umat Islam di seluruh dunia telah menyambut Israk dan Mikraj. Setiap tahun pasti pelbagai pengisian yang kita terima berkaitan peristiwa penting ini. Namun, adakah kita benar-benar menghayati erti sebenar dan pengajaran dari Israk Mikraj ini? Sama-samalah kita muhasabah, setiap tahun dan ketika untuk menilai prestasi kita di sisi Allah. Peristiwa lsra' mi'raj ini mengajar kita untuk check and balance status kita sebagai manusia yang tidak lain hanyalah seorang HAMBA di sisi ALLAH SWT. Jika RasululLah saw yang ma'asum itu Allah sebut...

Saturday, 8 June 2013

Kenyataan Media Presiden PAS - Gesaan Diwujudkan Satu Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU KE 13

“GESAAN DIWUJUDKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS POSTMORTEM BAGI MENYIASAT PERJALANAN PROSES PILIHANRAYA UMUM KE 13” 7 Jun 2013 / 28 Rejab 1434 H Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia. Berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihanraya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen...

Thursday, 6 June 2013

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar di bawah) yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.   "Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang...

Wednesday, 5 June 2013

Kenduri Kesyukuran Pasca PRU-13

Kuala Terengganu- Seminggu selepas PRU13, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di pelbagai peringkat sibuk mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan para petugas dan masyarakat umum, khususnya para pengundi. Walaupun PAS tidak berjaya menawan Terengganu, namun pertambahan kerusi DUN Terengganu amat memberangsangkan. PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN daripada 32 kerusi. Terdapat pelbagai kontroversi keputusan PRU baru-baru ini, iaitu isu blackout, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi hantu, dll. Walaupun PAS redha dengan 'kekalahan' ini namun itu tidak bermakna PAS redha dengan penipuan pihak musuh. Petisyen membantah keputusan PRU dan bukti-bukti...

Pages 191234 »