Pages

Sunday, 22 September 2013

Berita pelik dari Mesir, suatu keajaiban.

Ikhwanisasi PenjaraKini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir. Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran,...

Pertandingan mencipta logo

Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ditutup penyertaan. Jangan lepaskan peluang! Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Pohon amal PAS tetap berbuah walau hebat dipalu

  PAS bukan hanya sebuah parti politik, tetapi merupakan sebuah gerakan Islam. Sudah menjadi sunnatullah perjuangan menegakkan Islam di muka bumi Allah Taala sentiasa dihampari dengan onak dan duri.Segala dugaan yang menimpa merupakan ujian dan tapisan Allah kepada para pejuang agamaNya yang benar-benar ikhlas. Allah pasti akan memelihara gerakan Islam ini yang sentiasa tegas dan tetap dengan pendiriannya daripada segala anasir luar dan serangan pemikiran yang dahsyat. Walau hebat diserang dari dalam dan luar, PAS tetap berlapang dada. PAS percaya, segala kemungkaran dan kemusnahan yang ingin dicipta pasti akan ditunjukkan dan...

Sunday, 8 September 2013

"Minyak Naik, semua nak naik!"

- Gambar Hiasan - Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha memotong unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru,...

Tuesday, 11 June 2013

Sajak: "Apakah Benar Engkau Pejuang?"

Apakah Benar Engkau Pejuang ? Sebuah Sajak yang berbentuk nasyid dari kumpulan nasyid Qathrunada yang bertajuk Cinta Agung.. Hayatilah ! يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula...

Monday, 10 June 2013

Status Parti Sosialis Malaysia di dalam Pakatan Rakyat

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS. Isu status PSM dalam PR amat mengelirukan sehingga muncul konflik kerusi Kota. Kini pimpinan PR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Sosialis itu tidak termasuk dalam komponen PR. Kini timbul persoalan: 1- Mengapa dibenarkan PSM bertanding atas tiket PR sedangkan ketika itu belum wujud konsensus jelas. Ibarat lakukan hubungan terlarang terlebih dahulu, kemudian baru fikir samada jadi nikah atau tidak. 2- Segala kekalutan berpunca dari hubungan gelap PKR dan PSM sehingga mengecewakan adik beradik lain (PAS & DAP) serta menggoncangkan keluarga PR. Ahli terus...

Monolog untuk seorang pemimpin

Layakkah untuk aku tidur dengan lena dalam keadaan pimpinan berhempas pulas disepak terajang dimedan oleh musuh? Layakkah untuk aku mengata 'aku sibuk' berbanding pimpinan yang lagi sibuk dengan tugasan yang bertimbun-timbun? Layakkah aku mengkritik pimpinan tapi aku hanya pandai bercakap, menulis di FB tanpa setitik peluh pun tidak aku keluarkan untuk membantu pimpinan? Layakkah aku mengaku pejuang kalau kerja aku masih sambil lewa? Adakah aku pejuang? Orang yang berfikir+bekerja yang hanya mengerti. Melihat foto TGHA mengubat sedikit kepenatan yang tidak seberapa ini. Akademik harus dijaga, dakwah harus diteruskan.  -Abdul...

Sunday, 9 June 2013

Selamat Menyambut Israk & Mikraj

SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ Bismillahirrahmaanirrahiim.. Pada 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun yang lepas umat Islam di seluruh dunia telah menyambut Israk dan Mikraj. Setiap tahun pasti pelbagai pengisian yang kita terima berkaitan peristiwa penting ini. Namun, adakah kita benar-benar menghayati erti sebenar dan pengajaran dari Israk Mikraj ini? Sama-samalah kita muhasabah, setiap tahun dan ketika untuk menilai prestasi kita di sisi Allah. Peristiwa lsra' mi'raj ini mengajar kita untuk check and balance status kita sebagai manusia yang tidak lain hanyalah seorang HAMBA di sisi ALLAH SWT. Jika RasululLah saw yang ma'asum itu Allah sebut...

Saturday, 8 June 2013

Kenyataan Media Presiden PAS - Gesaan Diwujudkan Satu Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU KE 13

“GESAAN DIWUJUDKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS POSTMORTEM BAGI MENYIASAT PERJALANAN PROSES PILIHANRAYA UMUM KE 13” 7 Jun 2013 / 28 Rejab 1434 H Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia. Berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihanraya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen...

Thursday, 6 June 2013

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar di bawah) yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.   "Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang...

Wednesday, 5 June 2013

Kenduri Kesyukuran Pasca PRU-13

Kuala Terengganu- Seminggu selepas PRU13, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di pelbagai peringkat sibuk mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan para petugas dan masyarakat umum, khususnya para pengundi. Walaupun PAS tidak berjaya menawan Terengganu, namun pertambahan kerusi DUN Terengganu amat memberangsangkan. PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN daripada 32 kerusi. Terdapat pelbagai kontroversi keputusan PRU baru-baru ini, iaitu isu blackout, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi hantu, dll. Walaupun PAS redha dengan 'kekalahan' ini namun itu tidak bermakna PAS redha dengan penipuan pihak musuh. Petisyen membantah keputusan PRU dan bukti-bukti...

Thursday, 11 April 2013

Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Masjid Rusila

Puan Marlina Daud mewakili Asatizah MDQ menyampaikan ucapan. ...

Sunday, 7 April 2013

Dialog manifesto 2013

Sabtu, 6 April 2013- Dialog Manifesto anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa) Terengganu telah diadakan di Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai. Hampir 100 orang peserta yang terdiri di kalangan profesional dan NGO yang hadir bagi mendengar sendiri tawaran PAS Terengganu bagi menghadapi PRU13 nanti. Panel Dialog Manifesto ini adalah terdiri daripada Timb. Pesuruhjaya Trg, YB Dr Alias Razak dan Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh. Dr Alias Razak menyampaikan 20 Tawaran PAS-PR Terengganu kepada rakyat Terengganu. Antara tawaran penting PAS adalah dengan menawarkan 17000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu....

Monday, 25 March 2013

Skuad Munajat Muslimat PRU

Kuala Terengganu, 25 Mac - Dewan Muslimat Negeri Terengganu mengadakan munajat di setiap kawasan sebagai persediaan kerohanian menghadapi pilihanraya. Kekuatan dalaman merupakan bekalan dan semangat kepada para muslimat untuk terus kuat menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan. Namun sesungguhnya, melalui munajat ini merupakan harapan dan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Merancang untuk membantu perjuangan menegakkan agamaNya ini. Berikut adalah gambar-gambar program munajat yang dianjurkan oleh DMPK Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. ...

Ekspresi Wanita Muda 2013

...

Thursday, 28 February 2013

Semarak Hijau ke Putrajaya

Alor Lintah, 22 Februari 2013 -Program yang menghimpunkan seluruh muslimat dan Ameerah dari semua kawasan di Terengganu mendapat sokongan padu dari akar umbi. Begitu juga sokongan dari DMPP yang turun padang bagi membakar semangat para muslimat untuk terus bekerja bagi memenangkan Islam amat dihargai. Program ini dirasmikan oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh. Antara intipati ucapan beliau, perjuangan Islam memerlukan para pejuang yang berani dan istiqomah melakukan gerakerja dakwah. Betapa besar pahala yang diganjarkan kepada para pejuang agamaNya yang setia, iaitu syahid dan syurga.  Antara maklumat...

Pages 191234 »