Pages

Thursday 29 September 2011

DMPNT telah berjaya mengadakan program penting sebagai persiapan untuk menghadapi PRU kelak.  Apa yang penting, misi dan visi yang dibawa oleh 5 orang wakil DMPP yang sanggup turun padang berkongsi ilmu dan bersedia mendengar segala permasalahan anak-anak buah. 


DMPNT dengan ini merakam jutaan penghargaan kepada DMPP yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama-sama kami di Terengganu. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Saf kepimpinan DMPNT (Pn. Safinah Jusoh dan Pn. Zarani Othman) serta DMPP (YB Siti Zailah danYB Dr. Mariah)




Pengerusi majlis Pn. Raja Endon







Semua peserta berdiri ketika menyanyikan lagu tema PAS.
Kehadiran amat memberangsangkan. Tahniah kepada para muslimat dari semua kawasan yang hadir..



Antara wakil Halwa Remaja yang turut terlibat belakang tabir membantu 
melicinkan proses rakaman dan presentation.







Ketua DMPNT, Cikgu Safinah Jusoh memberikan ucapan aluan.



Bagi memantapkan peranan orang muda, DMPNT bersungguh-sungguh melibatkan
golongan muda sebagai petugas IT bagi setiap program melibatkan muslimat.
Tahniah diucapkan!

Senator Mumtaz Nawi bertindak sebagai moderator program PANTAU ini..

Wakil muslimat dari pelbagai kawasan bergilir-gilir berucap dan memberi pandangan.
Alhamdulillah, muslimat tidak gentar untuk berkongsi pendapat dan menyuarakan pandangan mereka!

















Ajk-ajk DMPNT khusyuk berbincang bagi melicinkan perjalanan program..


Friday 16 September 2011

Ziarah Ketua DMPP di Terengganu

Assalamualaikum..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB Siti Zailah, yang juga merupakan Ketua DMPP yng sudi meluangkan masa bersama-sama AJK DMPNT menziarahi beberapa orang saudara yang juga merupakan penyokong dan pendokong kuat jamaah PAS di Terengganu. Walaupun diuji dengan kesusahan dan kesakitan, jasa dan pengorbanan mereka tidak pernah dilupakan. Moga Allah berikan kesembuhan kepada mereka, serta tetap istiqomah di dalam Islam dan iman padaMu.. insyaAllah.

 Menziarahi Ustaz Awang Jidin

 Ya Allah.. berikanlah beliau ganjaran yang setimpal serta rahmatMu kerana ujian kesakitan
yang telah Engkau mengujinya..

 YB Siti Zailah, Ketua DMPP yang penuh semangat serta berdedikasi bersama
Ketua DMPNT, Cikgu Safinah Jusoh..

Ziarah Kak Nab..

 Ziarah Kak Yam..


Kami mendoakan moga mereka yang diuji olehNya sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya.. Sesungguhnya ujian Allah itu ingin menguji, serta merupakan kasih sayangNya pada orang-orang yang beriman. Buat kita semua, hulurkanlah bantuan serta doa kalian moga mereka sentiasa tabah serta dipermudahkan urusan mereka.. InsyaAllah.

Seminar Penerangan Isu Semasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Lajnah Penerangan DMPNT telah berjaya melaksanakan suatu program penting sebagai persediaan para da'ie menghadapi PRU akan datang. Berikut adalah info program;


Program: Seminar Penerangan Isu Semasa
Tarikh: 16 September 2011 (Jumaat)
Perasmi: YB Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal)

Dibawah ini disertakan gambar-gambar kenangan sepanjang program berlangsung dari 9.30 pagi-5 petang. Harap maaf kerana video program tidak dapat di attach kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. 




 YB Dr Alias Razak sedang manyampaikan ucapan perasmiannya, serta penerangan berkaitan Negara Berkebajikan PAS..

 Ustaz Wan Sukairi juga menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu semasa..



 Wakil dari PERANTAU juga hadir untuk berkongsi ilmu bersama para peserta. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian dan pengorbanan semua..

 Terima kasih kepada Ketua DMPNT, Cikgu Sapinah Jusoh di atas kesudian menghadiri program ini dan sama-sama terlibat secara tidak langsung..






 Encik Suhaimi 'turun padang' bagi menyampaikan penerangan kaedah penerangan berkesan, serta bengkel ringkas..

 Wakil Kuala Nerus diberi peluang untuk berucap dalam sesi bengkel..

Wakil Kuala Terengganu menyampaikan ucapan juga..