Pages

Wednesday 29 June 2011

Muslimat seluruh negara diseru boikot Utusan


Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru setiap ahli muslimat seluruh negara supaya menyokong kempen boikot Utusan Malaysia yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, karikatur yang disiarkan oleh Utusan Malaysia merupakan satu penghinaan yang amat besar keatas hukum Allah sebagaimana termaktub dalam al-Quran.



Memetik maksud al- Quran, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buatselamalamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An- Nur: 4)”



Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, hukum qazaf dalam al-Quran adalah berkaitan dengan zina dan bukannya rogol.



Katanya, jenayah rogol dalam Islam adalah berkaitan dengan takzir dan bukan hudud sebagaimana ayat An-Nur menjelaskan tentang jenayah zina dan bukannya rogol.



Menurut beliau, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang bukan sahaja salah daripada segi hukum jenayah Islam tetapi juga menghina hukum Islam amat dikesali.



Justeru tegas beliau, Muslimat bercadang akan membuat laporan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya Pengarang Utusan Malaysia dibicarakan atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukuman qazaf yang jelas termaktub dalam al-Quran dan Sunnah serta hukum Jenayah Islam.



Katanya, tindakan Utusan Malaysia ini juga meletakkan Utusan Malaysia setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pada satu masa pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad s.a.w. 



Dewan Muslimat juga tegas beliau meminta Mahkamah Syariah mendakwa seluruh ahli AJK Biro Politik Umno sekiranya perlu kerana mengikut kenyataaan Hatta Wahari, kandungan Utusan Malaysia ditentukan oleh Biro Politik Umno.


Tuesday 7 June 2011

Imbasan: HIMAT - Program Akhir Sesi 2009-2011







Corat-coret Muktamar Agung PAS Ke-57 (Malaysiakini)

Muslimat mahu pasukan IT antifitnah


Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mewujudkan pusat informasi parti bertujuan mewujudkan ruang menjelaskan dasar parti dan menepis fitnah yang dilemparkan kepada parti itu.

Wakil Shah Alam Azlin Hezri ketika mencadang usul itu berkata, pusat berkenaan perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Apa yang kita harapkan, kita perlu task force. PAS wujudkan satu medan dan ruang menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan pilihan raya.

“Betul kita ada banyak laman web dan blog, tapi perlu ada satu (portal) untuk PAS sahaja,” katanya lagi ketika mencadangkan usul berkenaan di muktamar sayap pergerakan itu di Shah Alam hari ini.

Azlin turut menyeru perwakilan supaya mencontohi aktivis internet Wa'el Ghomi – eksekutif muda Google yang mencetuskan revolusi di Mesir melalui media maya.

Azlin juga mencuit hati perwakilan wanita apabila mengajuk dialog daripada filem popular Kung Fu Panda ketika menasihatkan perwakilan bersabar menghadapi apa yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Kita perlu kepimpinan keluarkan idea... kita mesti pakai kekuatan dalaman.

“Kamu akan dapat kekuatan daripada ketenangan dalaman,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada kira-kira 600 orang perwakilan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Media sedia ada terhad
Usul itu menerima sokongan daripada ketua penerangan dewan berkenaan, Salbiah Abdul Wahab yang melihat keadaan itu sebagai cabaran kepada muslimat PAS memperluaskan kebolehan mereka.

“Saya juga ingin menyatakan di dalam dewan ini ramai dari ahli yang ada (akaun) blog, Facebook dan Twitter. Saya (rasa) kita patut perkasakan kebolehan anda sekalian,” katanya.

Sementara itu, wakil Muslimat Dungun, Khairiah Mokti turut serta berbahas dengan mencadangkan semua Muslimat kawasan menghasilkan laman web sendiri.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) pun ada dah ada Facebook sendiri,” katanya.

Seorang lagi perwakilan, Erna Aznira Anuar pula berkata, usaha bagi mewujudkan pusat pasukan bertindak informasi itu perlu memandangkan PAS kini masih kurang menggunakan media baru.

“Kita ada, contohnya TV Kelantan tetapi terhad,” katanya lagi yang berpandangan bahwa PAS patut mempunyai mekanisme khusus bagi usaha berkenaan.