Pages

Wednesday 29 June 2011

Muslimat seluruh negara diseru boikot Utusan


Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru setiap ahli muslimat seluruh negara supaya menyokong kempen boikot Utusan Malaysia yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, karikatur yang disiarkan oleh Utusan Malaysia merupakan satu penghinaan yang amat besar keatas hukum Allah sebagaimana termaktub dalam al-Quran.



Memetik maksud al- Quran, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buatselamalamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An- Nur: 4)”



Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, hukum qazaf dalam al-Quran adalah berkaitan dengan zina dan bukannya rogol.



Katanya, jenayah rogol dalam Islam adalah berkaitan dengan takzir dan bukan hudud sebagaimana ayat An-Nur menjelaskan tentang jenayah zina dan bukannya rogol.



Menurut beliau, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang bukan sahaja salah daripada segi hukum jenayah Islam tetapi juga menghina hukum Islam amat dikesali.



Justeru tegas beliau, Muslimat bercadang akan membuat laporan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya Pengarang Utusan Malaysia dibicarakan atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukuman qazaf yang jelas termaktub dalam al-Quran dan Sunnah serta hukum Jenayah Islam.



Katanya, tindakan Utusan Malaysia ini juga meletakkan Utusan Malaysia setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pada satu masa pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad s.a.w. 



Dewan Muslimat juga tegas beliau meminta Mahkamah Syariah mendakwa seluruh ahli AJK Biro Politik Umno sekiranya perlu kerana mengikut kenyataaan Hatta Wahari, kandungan Utusan Malaysia ditentukan oleh Biro Politik Umno.


0 komen:

Post a Comment