Pages

Friday 16 September 2011

Ziarah Ketua DMPP di Terengganu

Assalamualaikum..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB Siti Zailah, yang juga merupakan Ketua DMPP yng sudi meluangkan masa bersama-sama AJK DMPNT menziarahi beberapa orang saudara yang juga merupakan penyokong dan pendokong kuat jamaah PAS di Terengganu. Walaupun diuji dengan kesusahan dan kesakitan, jasa dan pengorbanan mereka tidak pernah dilupakan. Moga Allah berikan kesembuhan kepada mereka, serta tetap istiqomah di dalam Islam dan iman padaMu.. insyaAllah.

 Menziarahi Ustaz Awang Jidin

 Ya Allah.. berikanlah beliau ganjaran yang setimpal serta rahmatMu kerana ujian kesakitan
yang telah Engkau mengujinya..

 YB Siti Zailah, Ketua DMPP yang penuh semangat serta berdedikasi bersama
Ketua DMPNT, Cikgu Safinah Jusoh..

Ziarah Kak Nab..

 Ziarah Kak Yam..


Kami mendoakan moga mereka yang diuji olehNya sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya.. Sesungguhnya ujian Allah itu ingin menguji, serta merupakan kasih sayangNya pada orang-orang yang beriman. Buat kita semua, hulurkanlah bantuan serta doa kalian moga mereka sentiasa tabah serta dipermudahkan urusan mereka.. InsyaAllah.

0 komen:

Post a Comment