Pages

Thursday, 11 October 2012

Himpunan Ameerah Terengganu


Tarikh: 5-6 Oktober 2012
Tempat: Lata Belatan, Jabi, Setiu
Penyertaan: 40 orang / kawasan


Jabi – Himpunan Ameerah diadakan sempena program HIMPIT-PGU 5.0 di Jabi. Ameerah bertugas untuk Unit Derma dan Perbekalan bersama-sama Muslimat kawasan. Program himpunan ini juga merupakan peluang untuk memberi pendedahan dan beramah mesra bersama para peserta dari seluruh Terengganu. Bagi menghadapi pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi, amat penting untuk memberi suntikan semangat kepada Ameerah agar lebih bersemangat untuk bersatu bekerja untuk memenangkan Islam.

Program dirasmikan oleh Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh. Beliau menekankan kepentingan Ameerah untuk memiliki jatidiri mulia sesuai sebagai da’ie untuk menyebarkan kebaikan Islam kepada masyarakat. TImbalan DMPNT, Puan Zarani Othman juga tidak ketinggalan menyampaikan taujihat “Aku Seorang Da’ie” pada sesi petang. Antara petikan perkongsian beliau, Ameerah perlu memiliki sifat kehambaan dan kezuhudan di samping semangat yang ada. Orang yang menerima Islam adakalanya menerima Islam kerana akhlak para da’ie.

Ketua Ameerah Pusat, Cik Fareedah Samad juga turut berkongsi ilmu berkaitan Ameerah dan Agenda Wanita Muda. Selain itu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah juga menyampaikan taujihat “Hidup Ini Suatu Perjuangan” sebagai penutup program.

Program ringkas tapi padat dengan pengisian ini amat bererti dengan kehadiran lebih 250 orang Ameerah dari seluruh Terengganu. Suntikan semangat ini amat bermakna sebagai bekalan untuk para Ameerah turun ke medan dakwah dan masyarakat.

Berikut disertakan gambar-gambar kenangan program;

Mendengar taujihat dari Ustaz Kamaruzzaman sebelum bertolak ke tapak PGU.
Pimpinan DMPNT, Ameerah Terengganu bersama Ameerah Pusat.
Khusyuk mendengar..
Bengkel Agenda Wanita Muda bersama Ameerah Pusat.

Nyanyian lagu tema PAS sebelum program bermula.
LDK mengikut kawasan masing-masing.
Ketua Ameerah Pusat, Cik Fareedah Samad bersama Cik Noor Asyanti.

0 komen:

Post a Comment