TARIKH: 07 Julai 2012 (Sabtu)
MASA: 9.30pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Pusat Khidmat DUN Tepoh, Tok Jiring, Kuala Nerus.
ANJURAN: Lajnah Penerangan DMPNT
PENYAMPAI: Dr. Azman Ibrahim (Timb. YDP Setiu)
PENYERTAAN: AJK Penerangan Negeri/Kawasan/DUN
(Zon B: Kuala Trg, Kuala Nerus, Hulu Trg dan Marang).
Masyarakat sekarang amat dahagakan ilmu dan maklumat. Tanpa maklumat yang betul, pelbagai isu dan permasalahan tidak dapat diperjelaskan sebaiknya dan boleh mengundang salah faham. Selain itu, kaedah menyampaikan maklumat amat penting kerana ianya amat mempengaruhi 'mood' dan penerimaan penerima maklumat. Walaupun maklumat yang ingin disampaikan amat penting, namun jika disampaikan dengan cara yang tidak meyakinkan maka ianya menjadi sia-sia.
Sebagai penceramah, mereka perlu mengenal pasti beberapa faktor;
- Sasaran yang betul
- Masa yang betul
- Pendekatan yang betul
Walaupun kehadiran tidak mencapai 100 orang sebagai yang dijangka, namun pengisian terbaik oleh penceramah amat membantu para peserta supaya lebih bersemangat, yakin dan bersistematik dalam penyampaian maklumat. Moga siri-siri kursus ini dan lain memberi manfaat kepada para peserta dan membantu menyumbang untuk kemenangan Islam di Terengganu.
Sekitar gambar kenangan program.
Pendaftaran peserta |
Sabar menunggu sebelum program bermula |
Penceramah sampai awal menunggu para peserta lain tiba.. |
Aluan pengerusi majlis, Puan Jamaliah |
Ucapan aluan AJK DMPNT merangkap Ketua DMPK Kuala Nerus, Puan Hjh Shamsiah Zakaria |
Program interaksi 2 hala membuka minda para peserta untuk respon dan bertanya. |
Soalan bertalu dari peserta dijawab dengan penuh hikmah oleh penceramah. |
Puan Hjh Shamsiah mewakili penganjur menyampaikan cenderahati penghargaan kepada penceramah. |
0 komen:
Post a Comment