Pages

Wednesday, 5 June 2013

Kenduri Kesyukuran Pasca PRU-13

Kuala Terengganu- Seminggu selepas PRU13, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di pelbagai peringkat sibuk mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan para petugas dan masyarakat umum, khususnya para pengundi. Walaupun PAS tidak berjaya menawan Terengganu, namun pertambahan kerusi DUN Terengganu amat memberangsangkan. PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN daripada 32 kerusi. Terdapat pelbagai kontroversi keputusan PRU baru-baru ini, iaitu isu blackout, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi hantu, dll. Walaupun PAS redha dengan 'kekalahan' ini namun itu tidak bermakna PAS redha dengan penipuan pihak musuh. Petisyen membantah keputusan PRU dan bukti-bukti penyelewengan giat dikumpulkan oleh petugas dan peguam PAS. Peluang bantahan selama 21 hari selepas pengundian akan digunakan sebaiknya oleh PAS dan PR untuk memastikan proses PRU13 adalah bersih dan berkredibiliti.

Meski pelbagai halangan dan cabaran kepada MP dan para ADUN PAS yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat, itu tidak akan mematahkan semangat mereka. Perjuangan murni ini akan tetap diteruskan dengan pertolongan dari Allah SWT kerana itulah janjiNya.





Thursday, 11 April 2013

Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Masjid Rusila

Puan Marlina Daud mewakili Asatizah MDQ menyampaikan ucapan.





Sunday, 7 April 2013

Dialog manifesto 2013


Sabtu, 6 April 2013- Dialog Manifesto anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa) Terengganu telah diadakan di Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai. Hampir 100 orang peserta yang terdiri di kalangan profesional dan NGO yang hadir bagi mendengar sendiri tawaran PAS Terengganu bagi menghadapi PRU13 nanti.
Panel Dialog Manifesto ini adalah terdiri daripada Timb. Pesuruhjaya Trg, YB Dr Alias Razak dan Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh. Dr Alias Razak menyampaikan 20 Tawaran PAS-PR Terengganu kepada rakyat Terengganu. Antara tawaran penting PAS adalah dengan menawarkan 17000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Antara sektor yang akan dikembangkan adalah pelancongan, perikanan dan sumber negeri. PAS amat bersedia dan yakin untuk kembali memerintah Terengganu. Sokongan rakyat dan persediaan rapi PAS dan PR akan kembali menyengat untuk meraih kembali Wisma Darul Iman. Pelbagai soalan, komentar dan cadangan membina para peserta yang serius inginkan perubahan kepimpinan berlaku di Terengganu khasnya bagi menyelamatkan Islam dan kedaulatan rakyat.
Disertakan gambar kenangan program;






Monday, 25 March 2013

Skuad Munajat Muslimat PRU

Kuala Terengganu, 25 Mac - Dewan Muslimat Negeri Terengganu mengadakan munajat di setiap kawasan sebagai persediaan kerohanian menghadapi pilihanraya. Kekuatan dalaman merupakan bekalan dan semangat kepada para muslimat untuk terus kuat menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan. Namun sesungguhnya, melalui munajat ini merupakan harapan dan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Merancang untuk membantu perjuangan menegakkan agamaNya ini. Berikut adalah gambar-gambar program munajat yang dianjurkan oleh DMPK Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.






Ekspresi Wanita Muda 2013



















Thursday, 28 February 2013

Semarak Hijau ke Putrajaya

Alor Lintah, 22 Februari 2013 -Program yang menghimpunkan seluruh muslimat dan Ameerah dari semua kawasan di Terengganu mendapat sokongan padu dari akar umbi. Begitu juga sokongan dari DMPP yang turun padang bagi membakar semangat para muslimat untuk terus bekerja bagi memenangkan Islam amat dihargai. Program ini dirasmikan oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh. Antara intipati ucapan beliau, perjuangan Islam memerlukan para pejuang yang berani dan istiqomah melakukan gerakerja dakwah. Betapa besar pahala yang diganjarkan kepada para pejuang agamaNya yang setia, iaitu syahid dan syurga. 

Antara maklumat penting daripada pidato para pimpinan DMPP dan DMPNT ialah tawaran-tawaran oleh Pakatan Rakyat bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al Jundi turut berkongsi 12 tawaran PR kepada wanita serta 12 Tawaran PAS kepada Melayu dan Islam. PAS merupakan peneraju PR yang tetap teguh memegang pada prinsip Islam. 

Program berakhir sekitar 2 petang dengan diakhiri Ikrar Mujahidah serta doa oleh YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua DMPP. 

Sekitar gambar program;


Cenderahati daripada DMPNT
Sesi bergambar kenangan

Para peserta dari seluruh Terengganu.

Khusyuk mendengar.
Pengerusi majlis, Puan Zuraida Noor

Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al-Jundi
Khutbah Jumaat.

Nasyid oleh adik-adik PASTI Besut
Pemeriksaan kesihatan percuma. Ramai yang berminat..

Majlis perasmian oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ust Nik Zawawi Salleh
Ucapan oleh Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh

Wednesday, 30 January 2013

Hebatnya dakwah politik Tuan Guru Nik Aziz

Hebatnya dakwah politik Tuan Guru Nik Aziz

PAS merupakan sebuah parti Islam yang terbuka dan penuh toleransi, pada masa yang sama tetap di dalam orbit Islam. Takbir!

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Kuala Terengganu - Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Kita merupakan umat baginda seharusnya sentiasa mengingati bginda dan menyambung sirah perjuangan baginda. 

Ketika tibanya sambutan maulid ini, ramai yang berebut ingin mengucapkan kasih dan rindu pada Junjungan Mulia. Pada masa yang sama, harus diingat bahawa sambutan ini bukan hanya dengan ucapan di bibir malah mestilah dibuktikan dengan perbuatan. Setiap muslim wajib beradab dengan Rasulullah SAW kerana itu merupakan perintah Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. 

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan rasulNya" (Al-Hujurat:1)

Ini bermakna, kita mestilah melakukan segala yang diperintah oleh Allah dan rasulNya, jangan sesekali melampaui batas yang ditetapkan oleh syariat.

Cinta kepada Rasulullah juga menuntut pengorbanan. Sejauh mana kita sanggup berkorban harta benda, masa, nyawa dan hidup kita demi untuk meninggikan agamaNya dan sunnah Rasullullah SAW. Jadilah kita hamba Allah yang benar-benar ikhlas berjuang demi agamaNya.

Tahun 2013 yang sudah 23 hari kita berada bakal menyaksikan sejarah politik yang bakal merubah masa depan negara Malaysia. Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka selewatnya bulan Mac ini akan diadakan. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak pandai lagi celik politik haruslah menggunakan peluang yang ada ini untuk memilih pemimpin yang memperjuangkan Islam seluruhnya. Kita memilih untuk yang terbaik atau yang buruk. Baik mahupun buruk itu manifestasi keimanan kita kepada Allah dan rasulNya. Bak kata pepatah, tepuk dada tanyalah iman.

Semoga Islam akan terus subur di bumi Malaysia yang dicintai ini. Tanamkan azam untuk terus membantu Islam dan tetap istiqomah dengan kebaikan. Jadikan 2013 ini untuk menjadikan Malaysia amnya, Terengganu khususnya sebagai kerajaan kuasa rakyat! Siiru 'ala barakatillah. Takbir!

Saturday, 19 January 2013

Risalah RUNTUH

Thursday, 11 October 2012

Sekitar Program HIMPIT-PGU 5.0


Jabi – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU 5.0 dan Himpunan Pemuda-Pemudi dan Muslimat Terengganu yang diadakan pada sebelah paginya berlangsung dengan jayanya. Kehadiran luar biasa penduduk setempat serta sokongan dari rakyat seluruh pelusuk Terengganu ke program ini menunjukkan keseriusan rakyat untuk mengubah kerajaan yang bobrok. Pelbagai acara sampingan dan jualan gerai pelbagai jenis menambahkan lagi kemeriahan.

Antara yang menjadi perhatian adalah pengumuman tokoh-tokoh yang mengisytiharkan menyertai PAS. Tengku Paduka merupakan kerabat istana dan merupakan waris ke-5 takhta kesultanan Terengganu mendahului pengisytiharan memasuki PAS dengan menyerahkan boring keahlian kepada Mursyidul Am PAS. Pada malamnya merupakan acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana PGU 5.0 yang membariskan 8 orang tokoh dan penceramah untuk memberi pendedahan serta suntikan semangat kepada masyarakat.

Berikut gambar kenangan sepanjang program;
Program Perasmian PGU 5.0 oleh Mursyidul Am PAS.
Anak-anak muda berkonvoi mengiringi TGNA ke tapak PGU.
Pintu gerbang utama.
Majlis penyerahan borang menyertai PAS oleh tokok-tokoh masyarakat.
Semangat rakyat yang inginkan keadilan dan Islam.
Penyampaian cenderahati oleh Ketua DMPNT kepada Ketua Ameerah Pusat.