Pages

Saturday, 18 February 2012

Edaran Risalah DMPNT dan Ameerah

Tarikh: 10 Februari 2012 (Jumaat)
Masa: 5 petang
Tempat: Kuala Terengganu (Sekitar Shahbandar dan Pasar Payang)
Penglibatan: AJK DMPNT, AJK Ameerah TRG dan kawasan KT, Keselamatan Negeri.



Puan Maznah Muftahuddin (Ketua Penerangan DMPNT) memberikan taklimat sebelum para petugas bergerak.

Risalah Hari Valentine. "Maaf Hari Valentine, saya seorang Muslim!"

Terima kasih kepada PAPISMA yang turut menyumbangkan risalah untuk edaran.

Jauhi zina.. Nikah itu MULIA!

Ameerah Riders :)

""Adik, maaf akak nak cakap sikit ni... Boleh?

"Apa pandangan adik berkenaan Hari Valentine?"

AJK Muslimat turut turun padang mendekati masyarakat.

Ketua Penerangan DMPNT tidak ketinggalan menyampaikan dakwah.

Banyak yang nak disampaikan..


"Adik, dengarlah akak nak cakap ni..hehe"

"Bakpe bagi sikit je risalah ni..? Saya nak bagi kawang-kawang saye jugok nih..."


"Akak nak cakap pasal ape dengan kami...?"

Wednesday, 1 February 2012

PAS Pilihanku!

Motivasi Muslimat sempena Sambutan 60 tahun PAS

Tajuk motivasi : Peranan Muslimat dalam PRU ke 13
Waktu :             3 - 5 ptg
Penceramah :    YB Dr Siti Mariah Mahmood
Tempat :           Dataran PASTI Mak Chili Kemaman


Motivasi yang membakar semangat muslimat untuk terus berjuang..




Ucapan aluan dari Ketua Muslimat PAS Kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat


Turut menemani Dr, Mantan Ketua Muslimat Pas Kemaman, Puan Hajjah Rohasni Hussein



Suasana di meja pendaftaran

Keramahan seorang pemimpin


Cenderahati ikhlas dari Muslimat PAS Kemaman
 

Sunday, 11 December 2011

Cina Kelantan terima hudud

Ijtima' Tarbawi Pilihanraya 2011: Penuhi syarat untuk menang PRU 13

Ijtima' Pilihanraya 2011: Pilihan raya orang Islam setiap hari

Monday, 5 December 2011

The Moon Represents My Heart - Teresa Teng

The moon represents my heart.. Masyarakat Cina semakin mengenali Islam dan yang hebatnya menyokong dan mendokong perjuangan Islam. Kita mendoakan moga mereka juga diberi hidayah olehNya di atas kebaikan yang mereka lakukan. Ameen

Saturday, 26 November 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433


Puan Safinah Jusoh
Ketua DMPNT




Assalamualaikum wrt wbt

Pertama-tamanya kita memanjat syukur kehadrat Ilahi kerana dengan Taufik dan InayahNya kita semua dipanjangkan usia, berpeluang bersama-sama menginjakkan diri memasuki tabir awal Hijrah 1433. Tahun ini, tahun yang banyak menuntut semua pihak membuat suatu perubahan yang bererti besar kepada diri masing-masing dalam menentukan arah tuju kehidupan yang selamat sejahtera buat masa sekarang ini baik pun untuk generasi yang akan datang.


Jika, hijrah Baginda RasuluLlah s.a.w pada 1433 tahun dahulu adalah kerana merupakan perintah Allah s.w.t demi merealisasikan kalimah syahadah yang mulia di Madinatul Munawwarah dengan menegakkan sebuah kerajaan Islam di sana yang dipimpin oleh Baginda sendiri.


Oleh itu, maka hal yang sama juga harus menjadi aspirasi dan cita-cita kita semua. Hijrah RasuluLlah s.a.w membuktikan aqidah merupakan satu kekuatan (force) yang boleh menyatukan dan menzahirkan persaudaraan kasih sayang, perkongsian harta benda yang hakiki tanpa sempadan bangsa dan kedudukan sosial seseorang.


Dalam konteks negeri Terengganu, PAS sebagai “Kerajaan Menunggu” (Government-in-waiting) harus peka dengan permasalahan dan keresahan yang dihadapi oleh penduduk dan rakyat Terengganu.


Para pemimpin dan amilin PAS perlu bersungguh dan serius membela dan menyelamatkan mereka itu daripada ditindas dan dipermainkan oleh kerajaan BN.


Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’:75 yang bermaksud:
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Allah) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak ; iaitu mereka yang selalu berdoa dengan berkata; “Wahai Tuhan kami, keluarkan kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)” ”


Sebagai memperingati satu hijrah 1433, marilah kita meluruskan niat masing-masing demi Allah dan rasul dalam membangkitkan semula semangat kerja 1999 yang telah membawa kemenangan PAS menjadi kerajaan memerintah Terengganu. Dengan PRU 13 yang semakin dekat akan diadakan, penyusunan kerja  yang teratur, rapi dan mesra rakyat oleh para petugas PAS serta “Celik Undi PAS” besar-besaran daripada pengundi, sekali lagi PAS bersama Pakatan Rakyat diizinkan Allah memerintah Terengganu, insyaAllah.


Selamat melayari kehidupan kita dengan semangat Hijrah “Hijrah Untuk Kesejahteraan Ummah”. Allahu Akbar!

Puan Safinah Jusoh
Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu

Monday, 14 November 2011

Selamatkan Malaysia


‎"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan hatinya, bahkan itulah selemah-lemah iman" Hadis riwayat Sahih Muslim.


Saturday, 22 October 2011

Media Baru Perlu Masuk Segenap Kampung


KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.
Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak  mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.
Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.
"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas  melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.
Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.
'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk  kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.
"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.
Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah.