Pages

Friday, 14 October 2011

PAS Ganti UMNO - 1


Kuala Terengganu, 14 Oktober - Program Kebangkitan Rakyat PAS Ganti UMNO (PGU) yang diadakan pada 14-15 Oktober 2011 merupakan manifestasi kesungguhan PAS dan rakyat Terengganu yang inginkan perubahan dan keadilan di bumi Darul Iman pada PRU ke-13 akan datang. Pelbagai acara yang dirancang sepanjang 2 hari ini untuk mengisi jadual program. Ribuan penduduk menbanjiri perkarangan tapak program sejak petang hari pertama program. Diharapkan sokongan padu rakyat seluruh pelusuk negeri Terengganu akan terus meramaikan program ini demi merealisasikan matlamat PAS Ganti UMNO pada PRU ke-13 akan datang. Takbir!


 Berbasikal ke PGU... Semarak gelombang kebangkitan rakyat Terengganu..

Petugas Pendaftaran Keahlian PAS Pusat turun padang memantau dan membantu pengurusan
kaunter pendaftaran di sini.





 Ameerah turut hadir dan membantu melicinkan gerakerja program muslimat.




 Puan Mastura Mohamad, AJK DMPP dan Pengarah PPAS menyampaikan
ceramah Motivasi Keluarga.




 Pentas utama yang tersergam megah.








 Ameerah Terengganu tidak ketinggalan membuka gerai jualan.

 Buku Ustaz Azhar dan koleksi ceramah beliau turut dijual di gerai Ameerah.

 Di gerai Ameerah.


 Petugas Briged Muslimat bertindak sebagai keselamatan menjaga Rumah Ameerah.



Ameerah juga bertugas di kaunter Semakan Daftar Pemilih dan Pendaftaran Keahlian PAS.

Wednesday, 12 October 2011

Tentatif Terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU 3

Klik Untuk Perbesarkan

Tuesday, 11 October 2011

Tentatif Himpunan Kebangkitan Rakyat 100K PAS Ganti UMNO

Klik untuk perbesarkan.

Tempat program telah diubah ke Pantai Pandak, Chendering




Sunday, 9 October 2011

Hi-Tea Sempena Pelancaran Blog

Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di bawah kepimpinan ketua baru, Puan Hajjah Maznah Muftahuddin begitu bersemangat untuk meningkatkan kesedaran muslimat dalam menggunakan teknologi internet dalam menyampaikan maklumat dan dakwah semasa. Sehubungan dengan itu, satu pelancaran media baru bagi wadah untuk DMPNT menyampaikan isu-isu terkini kepada jentera penggerak khasnya telah dilancarkan. Selain blog di alamat url www.dmpnt.blogspot.com, Fan Page dan Twitter DMPNT juga telah direalisasikan serentak dalam majlis hi-tea itu. Majlis telah disempurnakan oleh YBM Dato' Tg. Hasan Tg. Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Ladang menggantikan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terengganu, Ustaz Saiful Bahri yang tidak dapat hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengharapan dari Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPNT sendiri. Beliau mengharapkan agar muslimat sebagai jentera parti tidak takut untuk belajar menggunakan media baru sebagai jentera yang mampu menyampaikan penerangan kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar kehadiran bloggers tempatan yang diundang dapat membantu meluaskan promosi blog DMPNT.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ketua DMPNT iaitu Puan Safinah Jusoh yang banyak menekankan mengenai isu pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBM Dato' Tg Hassan Tg Omar dengan begitu menarik sekali kerana diselitkan dengan isu-isu penggunaan teknologi internet yang diketahui oleh beliau. Selain sempat mempromosikan penggunaan FB beliau iaitu page "Dato' Tengku Hassan Tengku Omar", kepekaan YBM juga dapat dilihat melalui penggunaan Windows terkini untuk komputer di rumahnya iaitu Windows 8.0 (beta). Beliau juga meminta agar pengundi-pengundi Melayu dibekalkan dengan maklumat yang tepat dari internet supaya tidak lagi disogok dengan fitnah. Menurut beliau lagi, kaum lain di Malaysia ini seperti bangsa Cina dan India telah lama mendapat pelbagai pilihan maklumat yang cukup bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang memerintah pada PRU ke 12 yang lalu.

Acara kemuncak iaitu perasmian blog DMPNT telah dilakukan oleh YBM dengan menekan butang Play pada video montaj perasmian. Majlis diteruskan dengan penerangan mengenai fungsi-fungsi utama dalam blog DMPNT yang boleh dimanfaatkan oleh jentera parti bagi mendapatkan maklumat dan isu semasa.

Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan penghargaan oleh Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPNT

Isteri Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS turut hadir

Timbalan III Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut hadir

Ucapan oleh Ketua DMPNT



Muslimat dari pelbagai peringkat hadir ke hi-tea

YBM Dato' Tg Hassan Tg. Omar menyampaikan ucapan perasmian

Melihat montaj perasmian

Paparan blog yang dilancarkan

Penerangan oleh Ketua Unit IT Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPNT



Persoalan diajukan

Tertarik dengan paparan antaramuka


Sebelum hi-tea ditamatkan, sesi soal-jawab diadakan bagi membantu menjawab kemusykilan jentera muslimat yang kurang berkeyakinan untuk menggunakan media internet sebagai alat menyampaikan dakwah.

Hi-tea ini turut dihadiri oleh bloggers, pimpinan NGO dan pimpinan wanita PKR. Majlis tamat pada jam 4.30 dengan harapan agar media ini akan sentiasa konsisten dikemaskini dan digunakan dengan sebaiknya oleh jentera penerangan muslimat khasnya dan pelayar-pelayar internet amnya.

Friday, 7 October 2011

SEJARAH PENUBUHAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)


PAS baru sahaja menyambut ulangtahun ke-60 penubuhannya yang berlangsung dengan jayanya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Antara sebab diadakan sambutan ke-60 di Pulau Pinang kerana negeri tersebut merupakan tapak permulaan terbinanya Parti Islam Se-Malaysia sekarang. Sumbangan para ulama dan pemimpin dulu yang berjuang tanpa mengenal penat lelah kini disambung oleh generasi kini yang cintakan Islam dan perjuangan.Selagi Islam bertapak di muka bumi ini, akan lahirlah para jundullah yang sanggup berjuang dan penerus mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Moga Allah sentiasa memelihara kita dan istiqomah di dalam perjuangan. TAKBIR!