Pages

Thursday, 6 June 2013

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar di bawah) yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.  

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

(petikan Harakahdaily.net , 6 Jun 2013)



(Berita NST yang mendakwa TG Nik Aziz bapa kafir)

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi

Wednesday, 5 June 2013

Kenduri Kesyukuran Pasca PRU-13

Kuala Terengganu- Seminggu selepas PRU13, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di pelbagai peringkat sibuk mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan para petugas dan masyarakat umum, khususnya para pengundi. Walaupun PAS tidak berjaya menawan Terengganu, namun pertambahan kerusi DUN Terengganu amat memberangsangkan. PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN daripada 32 kerusi. Terdapat pelbagai kontroversi keputusan PRU baru-baru ini, iaitu isu blackout, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi hantu, dll. Walaupun PAS redha dengan 'kekalahan' ini namun itu tidak bermakna PAS redha dengan penipuan pihak musuh. Petisyen membantah keputusan PRU dan bukti-bukti penyelewengan giat dikumpulkan oleh petugas dan peguam PAS. Peluang bantahan selama 21 hari selepas pengundian akan digunakan sebaiknya oleh PAS dan PR untuk memastikan proses PRU13 adalah bersih dan berkredibiliti.

Meski pelbagai halangan dan cabaran kepada MP dan para ADUN PAS yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat, itu tidak akan mematahkan semangat mereka. Perjuangan murni ini akan tetap diteruskan dengan pertolongan dari Allah SWT kerana itulah janjiNya.





Thursday, 11 April 2013

Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Masjid Rusila

Puan Marlina Daud mewakili Asatizah MDQ menyampaikan ucapan.





Sunday, 7 April 2013

Dialog manifesto 2013


Sabtu, 6 April 2013- Dialog Manifesto anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa) Terengganu telah diadakan di Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai. Hampir 100 orang peserta yang terdiri di kalangan profesional dan NGO yang hadir bagi mendengar sendiri tawaran PAS Terengganu bagi menghadapi PRU13 nanti.
Panel Dialog Manifesto ini adalah terdiri daripada Timb. Pesuruhjaya Trg, YB Dr Alias Razak dan Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh. Dr Alias Razak menyampaikan 20 Tawaran PAS-PR Terengganu kepada rakyat Terengganu. Antara tawaran penting PAS adalah dengan menawarkan 17000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Antara sektor yang akan dikembangkan adalah pelancongan, perikanan dan sumber negeri. PAS amat bersedia dan yakin untuk kembali memerintah Terengganu. Sokongan rakyat dan persediaan rapi PAS dan PR akan kembali menyengat untuk meraih kembali Wisma Darul Iman. Pelbagai soalan, komentar dan cadangan membina para peserta yang serius inginkan perubahan kepimpinan berlaku di Terengganu khasnya bagi menyelamatkan Islam dan kedaulatan rakyat.
Disertakan gambar kenangan program;






Monday, 25 March 2013

Skuad Munajat Muslimat PRU

Kuala Terengganu, 25 Mac - Dewan Muslimat Negeri Terengganu mengadakan munajat di setiap kawasan sebagai persediaan kerohanian menghadapi pilihanraya. Kekuatan dalaman merupakan bekalan dan semangat kepada para muslimat untuk terus kuat menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan. Namun sesungguhnya, melalui munajat ini merupakan harapan dan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Merancang untuk membantu perjuangan menegakkan agamaNya ini. Berikut adalah gambar-gambar program munajat yang dianjurkan oleh DMPK Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.






Ekspresi Wanita Muda 2013



















Thursday, 28 February 2013

Semarak Hijau ke Putrajaya

Alor Lintah, 22 Februari 2013 -Program yang menghimpunkan seluruh muslimat dan Ameerah dari semua kawasan di Terengganu mendapat sokongan padu dari akar umbi. Begitu juga sokongan dari DMPP yang turun padang bagi membakar semangat para muslimat untuk terus bekerja bagi memenangkan Islam amat dihargai. Program ini dirasmikan oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh. Antara intipati ucapan beliau, perjuangan Islam memerlukan para pejuang yang berani dan istiqomah melakukan gerakerja dakwah. Betapa besar pahala yang diganjarkan kepada para pejuang agamaNya yang setia, iaitu syahid dan syurga. 

Antara maklumat penting daripada pidato para pimpinan DMPP dan DMPNT ialah tawaran-tawaran oleh Pakatan Rakyat bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al Jundi turut berkongsi 12 tawaran PR kepada wanita serta 12 Tawaran PAS kepada Melayu dan Islam. PAS merupakan peneraju PR yang tetap teguh memegang pada prinsip Islam. 

Program berakhir sekitar 2 petang dengan diakhiri Ikrar Mujahidah serta doa oleh YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua DMPP. 

Sekitar gambar program;


Cenderahati daripada DMPNT
Sesi bergambar kenangan

Para peserta dari seluruh Terengganu.

Khusyuk mendengar.
Pengerusi majlis, Puan Zuraida Noor

Ketua Lajnah Penerangan DMPP, Sdri Aiman Athirah Al-Jundi
Khutbah Jumaat.

Nasyid oleh adik-adik PASTI Besut
Pemeriksaan kesihatan percuma. Ramai yang berminat..

Majlis perasmian oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ust Nik Zawawi Salleh
Ucapan oleh Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh