Pages

Wednesday, 5 October 2011

Peringatan & Amaran Untuk Wanita

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

1.       Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2.       Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3.       Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4.       Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5.       Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6.       Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7.       Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8.       Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9.       Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10.   Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11.   Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12.   Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13.   Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14.   Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15.    Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16.   "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17.   "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18.   Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19.   "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i.                     Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii.                   Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii.                  Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv.                 Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v.                   Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20.   Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a.       Orang yang gemuk tapi kurus
b.       Orang yang berpakaian tetapi telanjang 
c.       Orang yang alim tapi jahil 


*Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
*Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
*Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

21.   Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 

a.       Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b.       Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. 
c.       Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. 
d.       Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e.       Ingat kepada Allah s.w.t. 
f.        Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g.       Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h.       Ingat kepada mati.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a.   Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b.       Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c.       Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.  Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d.       Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e.       Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suamiingin masuk. 
f.        Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami. 
g.       Minta talak. 
h.       Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. 
i.         Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. 
j.         Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. 
k.       Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disuka oleh suaminya. 


24. Wajib bagi wanita :- 
a.       Mengekalkan malu pada suaminya. 
b.       Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 
c.       Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d.       Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 
e.       Berdiri menyambut kedatangannya. 
f.        Berdiri menghantar pemergiannya. 
g.       Hadir bersamanya ketika masuk tidur. 
h.       Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 
i.         Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 
j.         Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 
k.       Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l.         Memuliakan keluarga suaminya. 
m.     Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 
n.       Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung padaredha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari penyusun : 
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupanseharianuntuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila adasuasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dariAllah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupankita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :- 

1.       Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau. 

2.       Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb. 

3.       Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar. 

4.       Mendidik anak secara agama dan sunnah. 

5.       Hidup sederhana. 



6.       Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halamankita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita. 

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Imandan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam. 

Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah. 

Sindrom Barang Naik (BN)









Himpunan Kebangkitan Rakyat


Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti UMNO" yang terbesar dan teramai akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober ini bertempat di Dataran PGU Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. Tentatif penuh adalah seperti berikut:



HARI
MASA
AKTIVITI
Jumaat
14 Oktober 2011
03.00 – 06.00 pm

05.00 – 06.30 pm

09.00 – 12.00 pm

Pertandingan Memancing (Program Pemuda)

Motivasi Keluarga Bersama Ustaz Mohd Zamri Zainudin
(Program Muslimat)

Ceramah Pra -PGU 100K:
1.     Tuan Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS)
2.     YAB Encik Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
3.     YB Sdra Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR)
Pengerusi : Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani
Sabtu
15 Oktober 2011
09.00 – 10.00 am


10.00 – 11.55 am



















12.00 – 03.00 pm

03.00 – 05.00 pm




05.00 – 06.30 pm



09.00 – 12.00 am
Kuliah Khas
Ustaz Azhar Idrus

Majlis Perasmian:
-    Ketibaan rombongan YAB Mursyidul Am dengan perarakan konvoi motosikal.
-    Persembahan kesenian dari 3 bangsa (Melayu, Cina dan India)
-    Ucapan Pengerusi Majlis
-    Bacaan Al-Quran Karim oleh:
Ustaz Haji Ahmad Tarmizi Ali Al-Hafiz
-    Ucapan Pengarah Program
Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
-    Ucapan Aluan  Pesuruhjaya PAS Terengganu
YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut
-    Ucapan Aluan oleh
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
-    Ucapan Perasmian  oleh YAB Mursyidul Am PAS
YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
-    Gimik Pelancaran PGU 100K

Jamuan Rakyat

Acara pertunjukan:
1.     Motor Klasik
2.     Kereta 4 x 4
3.     ARC

Persembahan dan pidato khas bersama selebriti:
1.     Bob Lokman
2.     Iwan Shahman

Ceramah Perdana PGU 100K:
1.     YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (Presiden PAS)
2.     YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)
3.     YB Encik Lim Kit Siang (Penasihat DAP)
Pengerusi : Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh

Ameerah-Entiti Baru Dalam PAS





KEPALA BATAS, 1 Okt - Kedudukan wanita sebagai rakan kongsi dalam segenap aspek kehidupan merupakan antara sunnah Rasulullah yang perlu direalisasikan.

"Wanita, di samping Rasulullah bukan sekadar terbatas tugasnya di rumah, tetapi melangkaui ke segenap aspek kehidupan sehingga ke bidang politik dan hal tersebut dibuktikan melalui penglibatan isteri serta anak baginda yang aktif dalam memahami dan melaksanakan siasah Islam di kalangan wanita," ujar Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dalam sidang media selepas perasmian Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Millenium, Kepala Batas hari ini.

Tambahnya, contoh terdekat dapat dilihat ketika puteri baginda, Asmaa Abu Bakar yang pada ketika itu masih muda remaja, telah memainkan peranan penting di medan politik semasa peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW.
Sehubungan itu, katanya Muslimat PAS bergerak seiring dan saling membahu dengan muslimin dalam melaksanakan tugas siasah ini.

"Buktinya Muslimat PAS telah menjadi calon pilihanraya seawal tahun 1960an. Penglibatan muslimat di Parlimen dan dun negeri-negeri diakifkan kembali pada tahun 2004," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu katanya, tugas muslimat tidak pernah surut sedari awal penubuhan PAS baik secara langsung atau tidak, baik di peringkat cawangan, upu, dun, kawasan, negeri atau di peringkat pusat sendiri. Ini memberi ruang buat muslimat mengaut sebanyaknya pengalaman selanjutnya menjadikan kehadiran mereka semakin signifikan dalam kelangsungan perjuangan Islam.

Mumtaz berkata apa yang lebih menarik, penglibatan ini merangkumi pelbagai lapis usia tanpa terikat kepada profesion tertentu.

"Mereka bergerak dengan penuh ikhlas tanpa menuntut sebarang jawatan. Walaupun begitu, menyedari hakikat perubahan dan kehendak semasa, muslimat perlu menyediakan ruang dan peluang kepada golongan muda khususnya," katanya lagi.

Ahli dewan negara itu turut menyatakan bahawa seiring dengan usia PAS yang sudah menjangkau ke 60 tahun, PAS mengambil langkah bijak dengan menubuhkan satu lajnah politik khusus buat wanita muda yang dinamakan Ameerah.

"Ia sebuah badan dari orang muda buat pengundi muda. Sehubungan itu, mereka perlu kepada bimbingan serta latihan bagi memimpin politik Islam di masa hadapan," ujarnya lagi.

Tuesday, 4 October 2011

Muslimat Power!



Muslimat Power! 

Sejarah Perjuangan Muslimat
Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.


Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. 


Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantudan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)”Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. 
Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.


Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; “setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..”


 Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.


Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.


Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.
Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pen tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah.
Darahmu menjadi sumbu pelita iman.
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah


Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.


Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.


Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.


Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai’ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.


Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan.


Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.


Ehsan : Dewan Muslimat PAS Kampar Perak